Untuk mendaftar, taip Nama, Tarikh Kursus dan hantarkan ke 018-3536 229
ATAU KLIK DI BAWAH UNTUK DAFTAR ONLINE

Address: 9-1, Jalan 20B/146, Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur.
Phone: 018-3536229
Email: kahwin.impian@gmail.com
Business Hours: 9.00 pg - 5.00 ptg
KAEDAH 1 : SMS / WHATSAPP
Taip Nama Penuh & Tarikh Kursus dan hantarkan ke 018-3536229
KAEDAH 2 : DAFTAR KURSUS KAHWIN SECARA ONLINE DI SINI
KURSUS KAHWIN KAMI DI SINI
BILIK KURSUS KAHWIN
MAKANAN DISEDIAKAN (BILIK BERHAWA DINGIN)
ANTARA KURSUS-KURSUS KAHWIN ANJURAN KAMI
Kursus Kahwin di Bandar Tasik Selatan
Kursus Kahwin di Masjid Al-Imam At-Tirmizi

Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Perkahwinan merupakan satu peristiwa bersejarah yang tidak wajar dilupakan oleh seseorang yang beriman.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja."
(Surah al-Nisaa: 3)
Sementara Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Adalah Nabi s.a.w. memerintah kami berkahwin dan menegah kami daripada membujang dengan tegahan yang keras. Dan sabda Baginda: Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak."
(HR. Imam Ahmad)
Islam juga memberi panduan yang jelas bagi seseorang lelaki memilih jodoh. Namun begitu, Islam lebih mengutamakan perempuan beriman kerana hanya keimanan saja dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Janganlah wanita itu dikahwini kerana kecantikannya mungkin kecantikannya menyebabkan dia berperangai buruk. Dan jangan pula kerana kekayaannya kerana mungkin kekayaannya menyebabkan dia menjadi sombong dan tetapi kahwinlah wanita itu kerana agamanya. Dia seorang hamba yang hitam kulitnya tapi bersih agamanya adalah terlebih utama."
(HR. Baihaqi)
Adakah anda faham apakah yang dimaksudkan dengan nikah? Nikah dari segi bahasa ialah ikatan atau simpulan. Manakala, menurut istilah syarak, ia bermaksud suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta tolong-menolong antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan mahram.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku."
(HR. Ibnu Majah)
Terdapat empat hukum nikah yang perlu diketahui oleh pasangan pengantin. Berikut adalah hukum-hukum nikah tersebut.